Dalam kehidupan yang kita jalani ini, tentu berbagai persoalan dan masalah akan kita hadapi, persoalan dan masalah tersebut sebagai wujud kecintaan Allah kepada kita sehingga kita selalu mengingat Nya untuk itu perlu kita belajar tiga hal belajar bersukur,belajar penghormatan, belajar mendoakan orang lain

Senin, 07 Maret 2011

Ciri-ciri Sahabat yang Baik

Buat semua pembaca..artikel yang aku kongsikan sebelum ini berkaitan cara bagaimana untuk memilih sahabat. Kali ni aku ingin berkongsi pula apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat kita sama-sama ambil ia sebagai panduan dan contoh bagi diri kita. Semoga kita mendapat sahabat yang baik dan menjadi sahabat yang baik..insyaAllah... amin



'’Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'’


Namun begitu, janganlah hanya kita inginkan sahabat yang baik tetapi kita tidak menjadi seorang sahabat yang baik. Untuk itu kita sama-samalah kita menjadi sahabat seperti yang disebutkan didalam hadis ini :-


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)



Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:


“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Pepatah arab juga ada mengatakan :-
“ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Berdasarkan semua coretan dan hujah di atas, aku ingin kongsikan kepada semua apakah ciri-ciri sahabat mulia yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak,

Walau apa pun..biarlah ikatan persahabat yang kita jalinkan adalah kerana mencari redha Allah SWT semata-mata dan mendapatkan kehidupan yang harmoni dan bahagia. -aku dan sahabat-sahabat-
Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna :

"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita
wassalam.....


Comments :

0 komentar to “Ciri-ciri Sahabat yang Baik”

Posting Komentar